? ??????????????Splatter Pattern? ????? ?? ???Rating: 4.6 (27 Ratings)??9809 Grabs Today. 32924 Total Grab
s. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????????Light Show? ????? ?? ???Rating: 4.6 (51 Ratings)??8891 Grabs Today. 54651 Total Grabs. ??????Preview?? | ? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday 6 May 2011

SURAH AL-INSHIRAH -Bila Hati Tidak Tenang

SEJARAH

Surah Al Inshirah atau Alam Nasyrah adalah surah ke-94 dalam Al Qur'an. 

Surah ini terdiri atas 8 ayat dan termasuk golongan surat-surat Makkiyah serta diturunkan sesudah surah Adh Dhuhaa. 

Nama Alam Nasyrah diambil dari kata Alam Nasyrah yang terdapat pada ayat pertama, yang berarti: bukankah Kami telah melapangkan.
 

بِِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ
 
2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)

الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ 

3. yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?
 
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
  5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
7. Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ 
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa yang Engkau gemar dan ingini).
 
 
MASYAALLAH!!!! HEBATKAN...
 
Mengalir airmata ketika mengalun keindahan ayat2 ini....
terasa menyusuk kalbu....
 
MARI KITA KONGSI KELEBIHAN SURAH INI JIKA DIAMALKAN:


Tapi saya bukanlah uztazah, sumber yang diperolehi dari kata2 ustaz dan buku2 yg pernah saya baca,

1). Kalau baca sewaktu hujan, setiap titisan hujan yang menghempas bumi. Kita dapat pahala. 


2). Jika dibaca setelah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.


3). Allah akan melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.


4). Jika dibaca 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.


 5). sekiranya kita di anugerahkan anak yg terlalu istimewa (aktif/nakal) cubalah bacakan ayat tersebut ketika tidur malamnya, sapukan lah pada muka dan badannya. nescaya anak lebih mendengar kata.

BILA DAN MACAMANA?:

Bacalah setiap malam sebelum tidor seperti saranan para ustaz agar lebih merasa kenikmatan ayat2 ini..

 baca ayat pertama dan sapulah kedada sambil berdoa
"ya Allah lapangkanlah dadaku"


bacaan ayat kedua sapulah kebahu sambil berdoa:
" ya Allah ringankanlah bebananku"


bacaan ayat ke-3 sapulah kepunggungmu sambil berdoa:
" ya Allah lindungilah aku dari sifat malas dan perbuatan sia-sia"


bacaan ayat2 seterusnya dan sapukanlah seluruh badan sambil berdoa
apa saja yang anda inginkan...


Bagi lelaki yang bergelar suami, bacalah dan sapukanlah keperut isteri ketika hamil...
manakala bagi wanita yang bergelar Ibu, bacalahlah dan sapulah kewajahnya ketika menyusukan anakmu..
InsyaAllah anak2 akan lebih terangsang kepintarannya dan terjana minda dan jiwanya mendekati Allah...

Fikir2kan dan selamat BERAMAL...