? ??????????????Splatter Pattern? ????? ?? ???Rating: 4.6 (27 Ratings)??9809 Grabs Today. 32924 Total Grab
s. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????????Light Show? ????? ?? ???Rating: 4.6 (51 Ratings)??8891 Grabs Today. 54651 Total Grabs. ??????Preview?? | ? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday 11 May 2011

STRESS

STRESS


Seperti kita tahu stress adalah bebanan mental dan fizikal individu.
Stress perlu ditangani kerana ia melibatkan kesihatan untuk masa jangka yang panjang.
Pasti anda tidak percaya stress salah satu factor penyabab kanser berlaku.
Kebanyakan stress berlaku di sebabkan rutin yang sama setiap hari. Dan anda membiarkan faktor-faktor luar mempengaruhi anda. Maksud saya masalah remeh di luar sana…
Gejala stress itu berlaku apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.
Jadi untuk menghindari stress dan mencapai ketenangan renunglah 5 perkara dalam diri kita:
1). HUBUNGAN DENGAN MAHA PENCIPTA.

~Menjaga solat itu penting. Kita akan lebih tenang dengan solat. Orang-orang yang tidak tenang selepas bersolat, maka perbaiki lagi keyakinan anda terhadap kekuatan solat anda.  
~Berdoalah kepadaNya. Jika berdoa pun kita sombong, tidak tahulah apa nak dikata.
2). JAGA MINDA DAN PERILAKU
~ Jangan sesekali anda dipengaruhi oleh benda2 negatif. Kegagalan anda menguasai nafsu menyebabkan anda semakin lemah. Contohnya janganlah anda menonton benda-benda negative pasti membawa anda berfikir benda-benda negative. Maka bermulalah kelemahan otak bertambahlah kestressan anda.
3). HUBUNGAN KITA DENGAN IBUBAPA.
~ Doa ibu sangat mempengaruhi kehidupan kita. Mintalah restu setiap apa yang kita lakukan. Janganlah diabaikan perasaan mereka.
4). HARGAILAH KEINDAHAN ALAM

~ Stress yang melemahkan emosi dan fizikal dan segala ketidak tenteraman rohani dan mentality usahakanlah dengan aktiviti riadah kalau bukan tempat yg indah cukuplah kat belakang rumah. Berusahalah Bagunlah sepagi yang mungkin dan hiruplah udara segar (fresh oxygen). Keluarkan segala peluh-peluh yang busuk. Lepaskan segala tekanan anda dengan larian yang kencang. Percayalah kita akan mendapat semangat yang baru. InsyaAllah Segala penyakit akan hilang.
Jangan Tanya kalau xdak belakang rumah, memberi alasan tidak akan menyelesaikan permasalahan.

5). JAGA HUBUNGAN DENGAN ORANG LAIN.

Belajar untuk menjadi orang yang di sayangi oleh sesiapa sahaja. Kasih sayang mengurangkan stress. Maka untuk disayangi oleh sesiapa saja, belajarlah untuk menyayangi orang lain dan jangan cuba untuk mencari musuh. Maafkan semua orang. Jangan menyakiti hati sesiapa pun. Maka jagalah setiap prilaku dan tuturkata yang keluar dari mulut kita. Biar madu sahaja yang keluar dari mulut kita. Dan jika kita hendak mengkritik seseorang amalkanlah ajaran Dr. Fadhilah kamsah, “puji 7 kali kritik 1 kali”

AKSI-AKSI MESTI BUAT:
MENANGIS
Percaya atau tidak menangis dapat mengurangkan stress. Jadi janganlah risau jika anda menangis walaupun sudah besar. Hebatkan ciptaan tuhan, dengan mengalirnya airmata maka mengalir jugalah segala tekanan-tekanan yang ada.
Mungkin bila kita menangis terasa bahawa kita ini kerdil, lemah dan tidak kuat berbanding diriNya yang yang maha kuasa. Bila terasa kekurangan tersebut lahirlah dan wujudlah semangat untuk memperbaiki diri dengan bantuan dan keredhaan Allah. Ingatlah Allah tu kan maha pengasihani lagi  maha lembut.
CINTA PROBLEM! Biasa saja saya tengok kawan-kawan saya menangis bila wujud masalah dalam hubungan. Mungkin bila menangis tu adalah yang memujuk. Maksudnya disini bukan disebabkan wujudnya rasa kesian semata-mata, tapi wujudnya satu gelombang yang kita hantar kepada sesiapa yang kita kehendaki. Bila kita lepaskan tekanan atau segala yang membebankan, ini akan menarik aura yang baik dari luar maka terpancar melalui gelombang-gelombang yang kita hantar. ~ tu pom kalau anda dan pasangan mempunyai telipati. Tu sebabnya pasangan yang ada keserasian dan telipati saja yang dapat merasa gelombang2 “hati ke hati”.

~ macam Dr. cinta pulak rasanya. Tipu saja tu fakta. Tak pasal-pasal nanti anda kena tingal sebab terlalu manja. Sebenarnya komunikasi yang baik, selalunya membantu sesuatu hubungan terus kekal.  Belajarlah mengenal pasangan anda… proses mengenali tidak pernah berhenti selagi anda masih berhayat. Maybe bila pasangan anda tak berhayat lagi, anda still belum kenal seluruh hatibudinya. Sebab apa? Kita hanya sedar kebaikan dan kehebatan seseorang bila dia sudah tiada. Belajarlah menghargai selagi anda mampu.
Kesimpulannya, tiada siapa yang sempurna.




KETAWA

lepas menangis ketawalah. Sebab mengikut kajian orang pandai2, ketawa meningkatkan keupayaan bernafas dan denyutan jantung. Kegiatan otot2 badan dan suhu badan dapat ditingkatkan.Entah lah, dipercayai juga toksik dalam badan dapat disingkirkan, manakala aliran darah akn lebih lancar.
Baguskan terapi nie, kalau anda tiada kawan2 yang pandai berjenaka, p lah kedai buku, beli buku cerita lawak2. Ataupun tengok cerita lawak, sekarangkan dah ada rancangan maharaja lawak. Klu aksi maharaja lawak pun xmampu buat anda ketawa mungkin anda kena jumpa doctor cepat2 mungkin anda sudah berada ditahap akhir mslh stres.
Dan Jangan sekali-kali cuba salahkan pelawak jika tidak ketawa: kerana anda belum pasti boleh berlawak.

MENJERIT/ MENYANYI MUNGKIN MENARI
Jarang orang buat nie. Tapi kalau nak buat apasalahnya. Jerit tangah2 hutan atau air tejun 7 tingkat. Mesti ada saudara2 yang menyahut. Huhuu.
Tapi jangan sesekali anda menjerit sewaktu memandu sambil maki-hamun driver lain sewaktu jalan penuh dengan jem dan roti. Xpasal2 kulit durian melekat kat kepala.
Arr nak p club dangdut! Xpayahlah sakit anak tekak orang lain gelakkan anda bergelek.

MELUKIS OR MENULIS DIARY



Tulis diari nie kadang2 macam pelik, tapi dapat membantu anda melepaskan tekanan. Tapi percayalah suatu masa nanti bila anda baca semula apa yang anda tulis di zaman dulu2, anda akan tersenyum mengenang kebudak-budakan anda ketika itu. Sambil berkata, Remeh saja rupanya benda nie pun, bodohnya saya”.
Kalau ada yang kritik “Buruknya lukisan ko”, katakanlah “ohh nie saya lukis time marah kat bos” terus gelak kuat2….
~ “Semua nie pengalaman yang pernah dilalui”

BERTAFAKUR
Pejam mata rapat-rapat, bayangkan anda tengah terjatuh masuk ke dalam lahar gunung berapi sambil tergolek2, kemudian buka mata, sambil berkata, “wah! mujurlah saya masih hidup”….
Maka jika anda merasa kehidupan masih bermakna, mungkin setelah kehilangan harta, keluarga ataupun mungkin jatuh muflis, bertafakur lah sebentar “ katakana pada diri walaupun saya tidak ada apa2 sekarang (harta mahupun keluarga) tapi saya masih mempunyai masa depan yang harus di teruskan”
Binalah kata2 positif yang boleh menenangkan anda. Lupakan semua kesedihan di belakang sana campak jauh2.  

JIKA ANDA ADA KELEBIHAN PERGILAH BERURUT, AKUPUNTUR ATAU REFLEKSOLOGI OR BERHIPNOSIS.
Tulah kadang-kadang orang besar-besar keta mewah-mewah lagi hebat masalah kehidupan yang ditanggungnya. Sampai xdak masa nak makan pun ada. Jarang orang miskin terkena gastric di Malaysia ni. Sebab tuhan tu Maha adil.  

PUNCA-PUNCA
FANACIAL


 Stress sebab masalah kewangan. Perkara ni memang sukar untuk ditangani. Lebih-lebih lagi kalau gaji ciput, tapi bakal bapa mentua minta wang hantaran kaw-kaw punya harga.
Apa nak dikata…. Maka disini belajarlah untuk berjimat cermat. Allah uji kita dengan kesempitan rezeki. Bila berkata soal rezeki, agama kita telah banyak mengajar kita cara mempertingkatkan rezeki. Samada anda mahu berusaha atau tidak sahaja menentukan kemurahan rezeki anda.
 Tanya lah pada diri:
~pernah solat malam~
~pernah puasa sunat~
~pernah bersedekah~ and so on!!!!!
Ada banyak ayat-ayat yang telah di ajar kepada kita. Dan pelbagai amalan yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan rezeki kita. Yang penting pastikan rezeki yang kita cari adalah halal.
Tengah kita duduk buat kerja atau sambil kita berjalan-jalan di pasar pun, sebenarnya kita boleh memohon di murahkan rezeki. Salah satunya perbanyakanlah sebutan “ astagfirullahulazim” dalam hati. Amalan ini juga dapat memudahkan urusan dan di murahkan rezeki. Mudahkan jak kan.
Ada banyak lagi yang boleh kita lakukan. Bangun subuh2. solat taubat, solat dhuha secara istiqamah, pasti Allah kesian kat kita yang miskin nie. Kalau pun Allah masih tak beri rezeki melalui wang ringit tapi mungkin dengan kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia atau mungkin dengan bakal isteri yang soleha yang membawa kepada kedamaian hati. 
Dan ingatlah kebanyak ahli syurga itu orang miskin. Mungkin anda salah seorang daripadanya. ~Mudah-mudahan.

PEKERJAAN

Stress sebab pekerjaan yang berlambak. Penat segala otak dan sendi-sendu. Gaji tidak setimpal dengan usaha yang kita curahkan. Bos kuat marah. Janganlah anda risau, kerana Allah itu maha adil. Setiap kali kita pulang dengan kepenatan dan keletihan. Maka Allah akan ampunkan setiap dosa-dosa yang setimpal dengan kepenatan yang kita tanggung. Terhapuslah sedikit-demi sedikit dosa-dosa kita.
Keletihan dalam mencari rezeki yang halal lebih baik dari keletihan tidak melakukan apa-apa pekerjaan. Pernahkah anda terfikir diluar sana masih ramai yang mengagur. Menanti anda resign untuk mereka berpeluang memiliki pekerjaan. Jadi bersyukurlah kerana anda masih mempunyai mata pencarian.
Jika kita bekerja dengan niat demi Allah maka stress tidak akan wujud. Tapi anda menganggapnya sebagai salah-satu ujian untuk anda menjadi lebih matang dalam menempuhi kehidupan mendatang.

STUDENT
Pening-pening time masuk kuliyah. Stress dengan exam. Bosan dengan penulisan. Benci dengan lecture yang ala-ala pengkritik American idol. Sapa tu? Pernah anda perasan yang anda merupakan salah seorang penjihat agama. Mencari ilmu merupakan orang yang tengah berjihat. Jadi untuk apa anda merasa bosan atas nama jihat demi agama.
Tugas anda hanya mencari ilmu sebanyak-banyak yang anda boleh. Fardu kifayah. Syukur lah anda masih berpeluang mencari ilmu dengan aman, tanpa pendriskriminasian gander. Jika anda lahir zaman tuk kadok dulu, ingat senang ker nak cari ilmu, dengan kekangan financial, diskriminasi gander yang anak perempuan mesti duk dapur.
Sekarang kita sudah tahu masalah penganguran semakin meningkat, jadi tugas anda adalah untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang sebagai jaminanuntuk pekerjaan yang terbaik. Jangan anda pernah merasa apa yang anda belajar langsung tidak membawa makna.
Anda juga msih tidak mengetauhi potensi sebenar anda bila keluar bekerja kelak. Mungkin anda pernah berfikir seperti apa yang saya pernah fikirkan sewaktu di zaman persekolahan dulu, bosan dengan rules kehidupan, belajar tinggi-tinggi semampu yang boleh kemudian berjuang mencari pekerjaan, then, memiliki keluarga lepas tu mati.!!! 
Silap rupanya apa yang saya fikirkan, MATI sudah PASTI, tapi rule tersebut mungkin boleh berubah, tengah BELAJAR-BELAJAR tiba-tiba terus MATI!... nah tak sempat kita nak rasa nikmat perkawinan.
ORANG KAHWIN KATA: kawen ni best!!!!! ~ huhuhuhu ~tapi tak tahulah belom pernah kawen lagi.
Mungkin anda kata: dah takdir nak mati usia awal. Tapi pernah ker anda terfikir, Mati sebelum anda menyumbangkan apa-apa kebaikan melalui ilmu yang anda timba kepada kehidupan masyarakat. Jadi jika anda sedang belajar, belajarlah bersungguh-sungguh, bantulah rakan-rakan anda untuk cemerlang, kongsilah ilmu yang anda miliki dengan rakan taulan anda. Jangan cuba nak beri stress kepada rakan mahupun guru2 anda.
Kalau anda MATI awal pun atleast ada juga sumbangan anda dengan ilmu yang anda kongsikan masih terus berganda2 pahalanya. Buatlah yang terbaik selagi anda mampu.

Tapi sebenarnya sewaktu zaman studentlah permulaan kepada kehidupan anda dimasa kelak. Anda bukan selama2nya berada di sana. Tanamkanlah anda belajar untuk membina keluarga yang lebih baik dari apa yang anda miliki sekarang. Berfikirlah untuk 10 tahun lebih kehadapan.
Maksud saya di sini, belajarlah demi anak anda yang akan datang. Mesti anda mahukan anak yang lebih cemerlang dan gemilang dari anda kelak. Jadi sebelum melahirkan anak yang cemerlang anda kenalah cemerlang.
Jarang ibu bapa yang cemerlang akan mendapat anak yang mungkin kerjanya pemungut sampah saja. Tapi kita pernah dengar seorang ayah yang bekerja tukang kebun mempunyai anak yang hebat pekerjaannya.
Jangan marah orang yang kerja pungut sampah, kalau anda nak tahu seorang pemungut sampah mungkin pendapatan tahunan dia lebih tinggi daripada seorang guru. Bukan saya yang kata, tapi filem kat cerita “celeritous” yang kata. Pendapatan seorang guru setahun 24000 manakala seorang pemungut sampah sebanyak 28000 setahun. Terpulang lah nak jadi apa. Ikut minat anda dan pastikan semua yang anda lakukan kerana Allah.
Dengan rasa yang paling dalam, saya juga rasa sedikit menyesal kerana tidak bekerja keras sewaktu menjadi student dulu. Akibatnya terpaksa berhutang dengan PTPTN sebab tak layak dapat biasiswa. Bukan senang nak bayar hutang CIK NINAH oiii….. setiap hari saya berdoa agar MATI tidak meningalkan hutang.
Kerna pernah suatu ketika Rasulullah tidak menyembahyangkan jenazah yang berhutang. Sehinggalah salah seorang sahabat yang lain membayarkan hutang sahabatnya yang meninggal tersebut. Berat isu hutang nie…..

KELUARGA
                Masalah dalam rumah tangga, percaya atau tidak setiap minit ada sahaja penceraian yang berlaku di muka bumi ini. maaflah saya bukan pakar kepada permasalahan rumah tangga. Tak rasa lagi kehidupan berumah dan bertangga.
Tapi saya ada beberapa ayat al-quran yang boleh di syorkan agar rumah tangga sentiasa terpelihara daripada kehancuran, gangguan syaitan mahupun sihir dari orang2 yang gelap hatinya.
Amalkan surah al-baqarah ayat 102 ~ baca 21x = dapat mennjahui sihir dan gangguan syaitan
Surah toha ayat 39 = mengikat kasih sayang
Surah al fatihah = jalan keluar kepada permasalahan rumah tangga.
 Bacalah dengan keyakinan yang paling dalam.

PETUA2

Orang kata kalau lagi stress makan saja yang manis-manis....
tp ingat jangan sampai menambah stress kegemukan.... 

sekian sahaja.



Fikir-fikirkan selamat beramal.
Jaga diri! hiasi peribadi!